Oleh: defrizal | Maret 12, 2008

WARISAN

Urang urang Minangkabau patuh pada ajaran Islam dan pada undang undang alam semula jadi dan warisan ibunda. Tidak ada kontradiksi antara adat matrilineal dan tekanan patrilineal Islam. Kedua duanya adalah falsafah hidup yang berasaskan alam semula jadi.

Allah membuka kan Rahasia Rahasia Nya melalui alam semula jadi kepada mereka yang terang hati nya. Warisan ibunda dan alam semula jadi membentuk tanah yang subur untuk Islam bertapak dan tumbuh segar di Sumatera Barat. Matriliny adalah sebahagian asas Islam, dan perlu dipertahankan penuh kasih seiring dengan mengasihi Islam.

Asas intipati adat Minagkabau ialah berguru pada alam semulajadi. Alam semulajadi merangkumi semua acara penghidupan. Undang undang adat mesti berpandukan alam semulajadi. Undang undang alam semulajadi yang terutama ialah pertumbuhan yang dipupuk matahari, hujan, ibunda, dan corak corak fisikal yang lain. Maknanya, ibunda semestinyalah dominan kerana beliau paling menghampiri anak anak dan mengolah sifat sifat keturunan.

Sepertimana yang lemah menjadi kuat dalam alam semulajadi, urang Minangkabau mempercayai masyarakat mereka hanya akan menjadi kuat dengan memastikan kaum wanita dan anak anak mereka dibekalkan ikatan sosial terhadap tanah keturunan demi keturunan. Oleh itu, sistem sosial yang bersendikan hak asasi wanita mempengaruhi kuat persepsi masyarakat dan budaya pewarisan harta. Kaitan rapat antara adat dan alam semulajadi ini amat ketara dalam estetika Minangkabau.Kaitan rapat ini juga ketara dalam pemikiran sosial Minangkabau.

Tradisi lisan yang kaya dengan simpulan peribahasa dan perbilangan membentuk ‘adat’ Minangkabau. Budaya Minangkabau menentukan jalan penghidupan. Adat yang memusat hidup menentukan gerak geri dan syarat syarat penghidupan. Dan alam semulajadi menentukan gerak hidup.


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: